Saturday, 18 May 2013



Shila Amzah Bakal Berduet Dengan Julio Iglesias | Menerusi portal terbecok di dunia hiburan, murai melaporkan Shila Amzah telah dijemput untuk tampil solo dan berduet dalam konsert gah penyanyi Latin Julio Iglesias dalam '1 Tour in China' juga di tiga bandar utama China iaitu Shanghai, Shenzen dan Beijing.

Shila Amzah Bakal Berduet Dengan Julio Iglesias

"Ia merupakan satu perasaan yang sukar digambarkan. Saya sangat teruja untuk berkongsi pentas dengan seorang penyanyi lagenda yang sudah berusia 70 tahun namun masih hebat menghiburkan peminat setianya.

"Daripada Julio Iglesias, saya belajar bagaimana untuk kekal sihat sepertinya dan dia memberitahu saya supaya menjaga pemakanan dan harus bersenam.

"Dia juga peramah dan mesra. Jadi tidak sukar untuk kami berbicara dengannya.

"Ini merupakan detik yang tidak akan saya lupa dan kami telah berduet untuk lagu All For You dan When You Tell Me That You Love Me,"ceritanya.

Shila serta ibu dan bapanya yang kini berada di tanahair dijangka akan kembali ke Shanghai pada 8 Mei depan.
Posted by leenz zack On 5/18/2013 08:25:00 am No comments

0 comments:

Post a Comment

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Labels

Blog Archive

Advertisement

Sample Text

Unordered List

    Recent Posts

    Text Widget

    Pages