Thursday, 23 May 2013




Koleksi Kereta Mewah Milik Ronaldo

               Selain dikenali sebagai seorang pemain bola sepak yang lincah dan hebat, Ronaldo jugak dikenali sebagai peminat setia kereta-kereta mewah. Ronaldo dikatakan tak pernah sayang untuk mengeluarkan wang bagi mendapatkan kereta idamannye. Dengan gaji dan pendapatan yang lumayan, hasrat Ronaldo untuk mengumpul kereta-kereta mewah tak jadi masalah baginye. Kat sini Mr R list kat korang beberapa model kereta mewah yang dimiliki Ronaldo. Jom tengok sama-sama..

Pertama : Mercedes Benz C-Class Sports Coupé
Jika nak dibandingkan dengan kereta-kereta Ronaldo yang lain, Mercedes Benz C-Class Sports Coupé nie adalah salah satu keretanye yang paling biasa. Ronaldo dikatakan membeli kereta nie kerana terpaksa. Terpaksa sebab ape Mr R tak pasti





Kedua Bantley Continental GT 
Bantley Continental GT dikatakan salah satu kereta wajib dimiliki oleh pemain bola sepak bertaraf bintang. Hampir semua pemain hebat kat Eropah memiliki kereta mewah nie. Untuk Bentley nie, Ronaldo memilih model convertible ( atap terbuka )




Ketiga : Porsche 911 Carrera 2S Cabriolet 
Ini adalah Porsche pertama Ronaldo. Selepas memiliki kereta nie, Ronaldo terus melakukan beberapa pengubahsuaian. Ronaldo memasang spotrim besar dan meningkatkan spesifikasi kereta nie yang sebenarnye dah cukup hebat




Keempat : Maserati GranCabrio 
Maserati GranCabrio adalah koleksi Maserati pertama Ronaldo. Kereta nie adalah penambahbaikan daripada model GranTurismi Coupe yang sangat cantik. Namun, Ronaldo kelihatan macam tak suka kereta nie walaupun model kereta nie menjadi kegemaran Lionel Messi




Kelima : Porsche Cayenne Turbo
Dikatakan Ronaldo mempunyai beberapa buah Porsche Cayenne. Kereta dalam gambar nie adalah antara salah satu koleksi Cayenne Ronaldo yang terbaik. Kereta nie sudah dimodifikasi secara total oleh bengkel modifikasi Techart. Cayenne nie nampak gagah dengan bodykit dan spotrim 22 inci




Keenam : Audi R8
Semasa kereta nie dilancarkan oleh Audi, hampir semua pemain bola sepak ternama dunia membeli kereta nie. Bentuk esotik dan kemampuan enjinnye yang dasyat serta body yang cantik telah memikat hati Ronaldo terhadap kereta buatan Jerman nie




Ketujuh : Ferrari 599 GTB Fiorano
Ronaldo selalu dilihat memandu kereta nie. Ronaldo pernah memandu kereta buatan Italy nie dengan masih mengenakan jersi Manchester United dan terlibat dengan kemalangan. Selepas kemalangan tu, Ronaldo segera membeli Ferrari 599 GTB Fiorano yang baru




Kelapan : Mercedez-Benz C220 CDI
Entah ape yang difikirkan Ronaldo untuk membeli kereta nie. Ade dakwaan mengatakan, Ronaldo membeli kereta berenjin diesel nie untuk kegunaan pembantunye. Tapi dakwaan tersebut masih belum terbukti




Kesembilan : Audi RS6
Jika melihat kereta-kereta Ronaldo yang lain, Audi RS6 nie macam kereta keluarga Ronaldo. Tapi jangan salah faham, kemampuan kereta nie tak jauh bezanye dengan kereta sedan couple milik Ronaldo yang lain. Beckham dan Rooney jugak memiliki kereta model nie




Kesepuluh : Audi Q7
Kereta dengan kendalian empat roda nie digunakan Ronaldo dalam satu acara pada tahun 2008. SUV empat pintu nie merupakan kereta dengan dimensi terbesar yang dimiliki Ronaldo. Ronaldo dikatakan tak berapa suka akan kereta nie kerana kereta nie jarang digunakannye




Ke-11 : Bugatti Veyron
Ronaldo pernah memandu kereta nie semasa penggambaran iklan kasut. Ronaldo sangat terkesan dengan performen dasyat kereta nie yang mampu mnghasilkan kekuatan 1000 hp. Veyron adalah kereta sedan paling berkuasa yang berada di jalanraya setakat nie




Ke-12 : Aston Martin DB9 
Aston Martin DB9 adalah kereta untuk perjalanan jarak jauh yang sangat laju. Ronaldo memilih DB9 berwarna putih dan dikatakan antara koleksi model kereta kesayangannye




Ke-12 : BMW M6
Kereta mewah nie kelihatan sederhana jika nak dibandingkan dengan koleksi kereta Ronaldo yang lain. BMW M6 dipilih Ronaldo ketika die masih bersama Manchester United. Ronaldo dikatakan tak begitu berminat dengan prestasi kereta nie kerana die hanya menggunakan kereta nie dalam jangka waktu yang singkat

Posted by leenz zack On 5/23/2013 12:11:00 am No comments

0 comments:

Post a Comment

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Labels

Blog Archive

Advertisement

Sample Text

Unordered List

    Recent Posts

    Text Widget

    Pages