Saturday, 25 May 2013


Kontroversi video Sharifah Sakinah yang telah tersebar meluas di internet malah di paparkan di rancangan Melodi TV3 cukup memberi tamparan hebat kepada Sakinah malah nama Anzalna juga turut diperkatakan didalam video tersebut. Bagi Anzalna, nasib Sharifah Sakinah tidak baik kerana video yang dijadikan sebagai bahan ketawa telah menjadi panas di Youtube malah di Keek.
Berkata kepada MalaysiaDigest, Anzalna memberitahu yang perangai Sharifah Sakinah sememangnya gila-gila. Menerangkan kejadian tersebut, Anzalna berkata:-
“Ya, memang dia guna akaun Keek saya. Kami tukar-tukar Keek. Sebenarnya ketika itu kami di set penggambaran drama ‘Orang Gaji IQ’. Masa tu tengah waktu berehat. Saya, Sakinah, Syazwan Zulkifli dan ramai lagi, kami semua memang berperangai giler-giler. Asal ada saja perkara yang kelakar sewaktu itu, kami akan Keek. Kami merapu-rapu jer sebab kepala masing-masing giler-giler. Kami hanya berseronok.
Malangnya nasib Sakinah tak baik (gelak). Tak sangka ramai yang melahirkan tanggapan negatif terhadap video itu. Apa yang boleh saya katakan, Sakinah tak bogel. Dia tak buat perkara-perkara yang lucah. Ketika tu kami beramai-ramai dalam satu bilik. Hanya orang sekeliling kami saja yang tahu apa yang jadi. Memang Sakinah ada sebut perkataan-perkataan yang tidak elok di dengar, mungkin itu yang membuatkan masyarakat tak dapat terima benda sebegitu
Pada pandangan penulis, sebagai seorang artis, moral individual seharusnya telah dilatih untuk menjauhkan dari perkara tidak senonoh ini, lebih lebih lagi perkara ini disebarkan pada laman sosial. Ini kerana video seperti ini boleh memakan dirinya sendiri. Jangan sampai orang anggap nak dapat populariti murahan sanggup membuat perkara terkutuk pulak.


Read more: http://aiskosong.com/anzalna-tampil-membongkar-perkara-sebenar-video-kurang-siuman-sharifah-sakinah/#ixzz2UI7FxUWo
Posted by leenz zack On 5/25/2013 04:29:00 pm No comments

0 comments:

Post a Comment

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Labels

Blog Archive

Advertisement

Sample Text

Unordered List

    Recent Posts

    Text Widget

    Pages