Sunday, 21 April 2013



Anthony Joseph anak Hermas Rajiman, lebih dikenali sebagai Tony Eusoff, ialah seorang pelakon lelaki Malaysia yang terkenal kerana penglibatannya dalam drama televisyen, teater dan filem tempatan, dan juga berpengalaman sebagai seorang penyanyi, model dan pengacara.

Jauh beza daripada penampilannya sebelum ini, aktor kacak,Tony Eusoff kini tampil dengan imej seperti tidak terurus apabila dilihat lebih kurus dan sudah berjambang

Tony Eusoff berkata imej sebegitu sengaja ditampilkan supaya dia benar-benar kelihatan seperti seorang penagih dadah untuk watak yang dibawakan di dalam teater muzikal Chow Kit Road! yang akan dipentaskan di Istana Budaya pada 10 Mei ini.


“Saya memang sengaja ubah penampilan sebegini untuk sesuaikan dengan watak saya iaitu soerang penagih dadah.

“Disebabkan watak itu, saya menguruskan badan saya sehingga ianya turun sebanyak 4 kilogram dan menyimpan jambang panjang sejak sebulan lalu.

“Saya mahu penonton benar-benar percaya yang saya di dalam teater ini adalah seorang penagih dadah. Jika tidak mereka akan lihat seorang penagih dadah yang gemuk pula di pentas nanti,” katanya kepada murai.com.my

Menurut Tony Eusoff, meskipun bukan mudah untuknya menurunkan berat badan, namun dia mengambil perkara itu sebagai satu cabaran untuk membuktikan dia benar-benar optimis terhadap karjaya.

“Memang agak mencabar juga kerana saya seorang yang suka makan.

“Saya terpaksa mengurangkan nisbah makanan saya sehingga separuh daripada kuantiti yang biasa saya makan.

“Bukan sahaja mengurangkan makan, tetapi saya juga ada pergi ke gym untuk membuat senaman supaya penurunan berat badan saya berlaku dengan cepat.

“Tetapi saya suka lakukan perubahan ini kerana saya serius dan optimis dalam bidang ini,” jelasnya lagi.

Sementara itu, Tony berkata dia teruja dan gembira saat ditawarkan watak sebagai seorang penagih dadah kerana akhirnya dia dapat lari daripada sering membawakan watak lelaki kaya dan korporat.

“Saya menganggap perkara ini sebagai pengorbanan untuk pelaburan kerjaya saya. Kerana tidak dinafikan seni lakonan ini adalah minat saya.

“Lagipun kadang-kadang, saya rasa agak kecewa mengapa produser tak nampak yang saya boleh bawa watak yang jauh beza daripada rupa paras saya.

“Saya mahu tunjukkan kepada orang di luar sana yang saya bukan sahaja boleh bawa watak orang kaya dan korporat tetapi jauh daripada pemikiran produser iaitu nelayan atau orang kampong dan sebagainya.

“Saya tak rasa rupa paras Pan Asia ini menyebabkan saya perlu terbatas kepada satu-satu watak sahaja,” luahnya lagi.

Selain Tony Eusoff, teater muzikal terbitan Masakini Theater Sdn Bhd itu turut dibintangi oleh pelakon -pelakon lain seperti Adibah Noor, Anding Indrawani, Nadia Aqila dan ramai lagi.

Sumber : murai.om.my
Posted by chinonet On 4/21/2013 12:34:00 am No comments

0 comments:

Post a Comment

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Labels

Blog Archive

Advertisement

Sample Text

Unordered List

    Recent Posts

    Text Widget

    Pages