Tuesday, 16 April 2013


 

Beginilah ragam Pelakon Filem Wanita Terbaik, Anugerah Skrin 2011, Eja apabila dapat bercuti bersama keluarganya ke negara kanggaru, Australia. 
Menerusi foto yang dilayangkan Eja di laman Instagram miliknya (Eja78), dia yang masih berada di sana nampaknya sedang berhibur menikmati cuaca dingin bersama-sama suami dan anak sulungnya, Nur Eishal.



Jelas kelihatan sikap keibuan Eja melayan kerenah Nur Eishal dari taman tema popular Warner Brothers, Gold Coast sehingga ke Taronga Zoo, Sidney iaitu dua destinasi yang cukup sesuai untuk diisi seisi keluarga.

Dalam catatannya Eja ada menulis bahawa rasa bersyukur kerana sekali lagi telah dapat berkunjung ke Taronga Zoo selepas 20 tahun lalu iaitu ketika dia masih berkhidmat sebagai pramugari bersama-sama penerbangan Malaysia, MAS.



Pelbagai gambar menarik turut dirakam Eja bersama keluarganya itu seperti menaiki kereta kabel, bermain dengan koala bear, menaiki bot melintasi Opera House, duduk di jeti, mengunjungi rumah patung lilin Madame Tussauds dan tidak ketinggalan menikmati hidangan Malaysia di Malay Village.


Eja juga kelihatan bergaya dengan beberapa persalinan ringkas seperti jaket kulit hitam bersama kacamata hitam kegemarannya dan tidak ketinggalan kehadiran suami yang sering berada di sisinya dan anak tersayang.

Diharap Eja akan pulang dengan membawa 1001 kenangan terindah untuk dikongsi bersama peminatnya di sini.


Posted by chinonet On 4/16/2013 11:19:00 am No comments

0 comments:

Post a Comment

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Labels

Blog Archive

Advertisement

Sample Text

Unordered List

    Recent Posts

    Text Widget

    Pages